Thursday 1 December 2016

Teknik Penceritaan

Pemerian
  • 1.Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
  • 2.Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
  • 3.Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.
Dialog
  • 1.Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
  • 2.Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan datuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
  • 3.Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
  • 4.Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.
Monolog
  • 1.Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
  • 2.Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas Kembali
  • Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
  • Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.

No comments:

Post a Comment