Thursday 1 December 2016

Sinopsis

  Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-­sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.


Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

47 comments:

  1. Kenapa sinopsis yg ni dgn dlm buku komsas lain?

    ReplyDelete
  2. Serius la ni semua Bab sebab tak nampak pun Bab 10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ni ambil dalam binaan plot ja ( yg penting )

      Delete
    2. CAKAP BANYAK PAA BACA DAHLAA

      Delete
    3. laaa biaq la kt depa buakn dok kcau hg pun....sian kadang ii...org kurang kasih syg ni😂

      Delete
  3. Serius la ni semua Bab sebab tak nampak pun Bab 10

    ReplyDelete
  4. Uish Ni la homework aku,sonang kojo oden

    ReplyDelete
  5. lagi 2 hari nak spm baru nak study hahahaha

    ReplyDelete
  6. Esok itew exam,itew rase ini boleh dah ni..boleh bantu itew dapat A ni

    ReplyDelete
  7. Membantu untuk study exam👍

    ReplyDelete
  8. blh tak nak tanya . perenggan akhir sekali. selepas pulang ke Kuala Lumpur atau sebelum? terima kasih sudi jawab✨🌹

    ReplyDelete
  9. Ade teratak di hujung kampung (ba)

    ReplyDelete
  10. bawah cermin kopak ada kotak(ta)

    ReplyDelete
  11. terima kasih bg nota nii sangat membantu utk sy

    ReplyDelete