Soalan 1
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan
latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel tersebut. (7
markah)
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat
kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman,
datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
2. Masyarakat
kampung yang masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah
penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.
3. Masyarakat
kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan
seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat
kampung yang tinggal di Kampung Parit
Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung
yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.
2. Masyarakat
kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh
Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
|
Masyarakat
yang saling membantu
1. Geetha
dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa
.
2. Datuk
Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan rawatan menggunakan perubatan
tradisional.
3.Lili
dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang
dialami oleh keluarga Che Jah.
|
Masyarakat
yang saling membantu
1. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung membantu
keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan
perasaan.
2. Tauke
Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
3. Penduduk
kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah musnah dilanda banjir.
|
Masyarakat
yang ikhlas dalam membantu orang lain.
1. Datuk Lili ikhlas membantu
Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada
segelintir penduduk kampung.
2. Lili ikhlas
membantu Che Jah menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangganya.
|
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu
orang lain
1. Tauke
Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
2. Haji
Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.
3. Najib
ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.
|
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.
1. Haziq dan Rafik
akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti
mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
|
Masyarakat
yang insaf akan kesilapannya
1. Abu
Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.
2. Abu
Bakar juga insaf akan kesalahannya
yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.
3. Nek
Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan
emaknya yang banyak membantu beliau
ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung
tidak menziarahinya.
|
Masyarakat
yang bertanggungjawab
1. Datuk
bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya
di kampung.
2. Datuk bertanggungjawab
membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah
perubatan tradisional.
|
Masyarakat
yang bertanggungjawab
1. Haji
Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi
masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.
2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung
membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir.
|
Masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
1. Anak-anak
Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan
terlibat dalam penagihan dadah.
2. Suami
Che Jah, Seman suka bermain judi.
|
Masyarakat remaja yang terlibat dalam
gejala sosial
1. Abu Bakar, adik Dahlia suka
berfoya-foya dengan rakan-rakannya.
2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing
milik bapanya sendiri.
|
Soalan 2
Dalam
sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik
dan nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda. (8
markah)
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Peristiwa
mengubati pesakit
1. Datuk
Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan
rawatan tradisional melalui penggunaan herba.
2. Datuk Lili merawat
Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan
herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.
Sebab
1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana
penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan
pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi.
2. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya
kerana datuk Lili bersedia
membantu sesiapa sahaja yang menghidap
penyakit dengan perubatan tradisional. Kita juga perlu membantu orang yang
memerlukan bantuan jika kita mempunyai kepakaran dalam apa-apa bidang.
|
Peristiwa
menyelamatkan nyawa orang lain
1. Dahlia sanggup
terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Sebab
1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana
sifat berani yang ada pada Dahlia yang
sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini
jarang dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang gadis, namun dia
berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi menyelamatkan nyawa
orang lain.
|
Peristiwa
menyelesaikan masalah kubah surau
1. Lili , Geetha, Danel
mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan
masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama
usianya.
Sebab
1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan
bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
|
Peristiwa
keluar dari asrama demi kepentingan keluarga
1. Dahlia
sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan
adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat
kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi,
Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan sanggup
berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah.
Sebab
1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih
mengutamakan kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang
akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.
|
Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang
tinggi
1. Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah
menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan
di sebuah tempat. Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih
utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia
akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Sebab
1.
Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan
semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik
oleh Rafiq dan Haziq.
|
Peristiwa mengenai perkara mistik
1. Pada mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan
dimasukkan ke dalam hospital. Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang
berbisa, iaitu ular mula mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai
apabila Abu Bakar, adik Dahlia telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam
di bawah rumah mereka.
Sebab
1.
Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana pelbagai perkara pelik
dan malang yang berlaku dalam keluarga Dahlia secara bertimpa-timpa
seolah-olah seperti dirancang.
|
Peristiwa anak
yang patuh akan ibunya
1. Lili tidak mahu
pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai
aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu
menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur
kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu
patuh akan kehendak ibunya.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang
anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri
sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah.
|
Peristiwa sikap
membantu dalam diri
1. Dahlia yang membantu anak Aton, Said
yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya, Dahlia ternampak Said
bermandi-manda di dalam sungai di hadapan rumahnya. Namun, tiba-tiba sahaja
Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan
menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai bermaharajalela ketika itu.
Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah ertikan.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun tidak
pandai berenang, Dahlia tetap memberanikan diri terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun gagal menyelamatkan Said yang telah
lemas.
|
Peristiwa
memaafkan kesalahan orang
1. Lili memaafkan
kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka
itu tidak baik.
Sebab
1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang
pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah
memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan
perkara yang tidak baik kepada kita.
|
Peristiwa
sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama
1. Tauke Lim
menyumbangkan barang-barang keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang
diadakan di Kampung Parit Haji Rais, walaupun dia berbangsa Cina.
2. Tauke Lim juga
sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana amat
memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong.
3. Tauke Lim
menyumbangkan sebanyak RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
4. Tauke Lim juga
sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana dia
tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu dijualkan
kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama
kita mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Nenek Lili berusaha
mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh pesakit
datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang
lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya sehingga berjaya
menemukannya.
Sebab
1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana
kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita
supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Dahlia amat
menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan oleh
Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia berjanji akan menjaga jati dirinya walaupun
di mana-mana jua dia berada.
2. Dahlia juga
menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian itu merupakan satu
anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan adik-adiknya sebagai
cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli tentang keluarga
Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana
kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita
supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.
|
Soalan 3
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang watak sampingan yang terdapat dalam
novel tersebut. (7 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
Datuk( Haji Abdul Rahman)
1. Seorang
yang kuat bekerja
Sebagai
contohnya, tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan tertonjol.
2. Seorang
yang pakar tentang perubatan tradisional akar –akar kayu dan pengamal
perubatan tradisional
Sebagai contohnya, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah dengan
menggunakan herba.
3. Seorang
yang menghargai pemberian orang lain.
Sebagai
contohnya, datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan Letchumi dan
tasbih hilang
4. Seorang
yang kuat beribadat
Sebagai
contohnya, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal
keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama.
5. Seorang
yang sangat menghargai nilai sejarah
Sebagai
contohnya, datuk menceritakan
kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan.
|
Embong
1. Seorang
ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai
contohnya, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan
beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya
sakit.
2. Seorang
yang penyayang
Sebagai
contohnya, Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.Beliau sanggup
melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
3. Seorang
yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai
contohnya, Embong percaya akan kehendak takdir isterinya,Saleha menjadi
kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT.
4. Seorang
yang penyabar
Sebagai
contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup
miskin.
5. Seorang
yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Sebagai
contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal
adik-adik Dahlia
6. Seorang
yang berani
Sebagai
contohnya, Embong berani membunuh ular
sawa yang membelit badannya.
|
Geetha
1. Seorang
yang peramah
Sebagai contohnya, Geetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu
berada di dalam bas.
2. Seorang
yang berani
Sebagai contohnya, Geetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat
matahari terbenam.
3. Seorang
yang bijaksana
Sebagai contohnya, Geetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang
kejuruteraan di Universiti Malaya.
|
Azhari
1. Seorang
yang berpendidikan tinggi
Sebagai contohnya, Azhari baru mendapat segulung ijazah
2. Seorang
yang suka memberikan
nasihat
Sebagai contohnya, Azhari sentiasa menasihati Dahlia
agar belajar dengan
bersungguh-sungguh.
3. Seorang
yang pandai memujuk
Sebagai contohnya, Azhari pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
|
Soalan 4
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan keberanian dalam
menghadapi masalah. (8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
Persoalan keberanian dalam menghadapi
masalah
1. Peristiwa
Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang
dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.
2.Peristiwa
Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
|
Persoalan keberanian
dalam menghadapi masalah
1. Peristiwa
Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai berhampiran
rumah Dahlia.
2. Peristiwa Embong berani membunuh ular
sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji Kadir.
|
Soalan 5
Huraikan dua nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam sebuah novel yang
telah anda pelajari. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Dua nilai kemanusiaan
1.
Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih
sayang semasa Lili bercuti di kampung
2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara
tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif
kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak
cik Lechutmi
3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung
bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti
kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu
mereka berusaha menyelesaikan masalah.
4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang
berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik
Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang
Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.
- Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang
berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual
tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun
ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai.
5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah
dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.
6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah nenek untuk
membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.
- Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang
perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan.
Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan
penyakit selain berubat secara perubatan moden.
7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik
oleh Haziq dan Rafiq.
8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk
bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan
Rafiq.
9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional
contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar
kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.
10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah suaminya Seman
yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
|
Dua nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun
kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke
Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental.
2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat
pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup
bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya
di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital.
3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada
di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.
4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak
menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya,
walaupun hidup dalam kemiskinan .
5.
Nilai keberanian
-
Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk
menyelamatkan Said yang lemas .
6.
Nilai semangat setia kawan
-
Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang
tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran
untuk Dahlia.
7.
Nilai bersimpati
-
Tauke Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah
kesihatan isterinya,masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya
yang terlibat dengan gejala sosial.
8.
Nilai keprihatinan
-
Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan selama
beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan neneknya
selamat.
9.
Nilai bekerjasama
-
Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.
10.
Nilai ketabahan
-
Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti
kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih
kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
|
Soalan 6
Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda
pelajari. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta
benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
2. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman,suami Che Jah seorang kaki judi
sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
3. Kepincangan
masyarakat yang
bercanggah pendapat
Sebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami
percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina
masjid yang baru.
4. Kepincangan masyarakat
yang tidak bertanggungjawab
Sebagai contohnya,
suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi
sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
5. Kepincangan masyarakat yang
suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq
sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana
suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia
biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.
|
1. Kepincangan masyarakat yang berprasangka
buruk terhadap orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka
buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya
disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka
menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk
tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
2. Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka berfoya-foya dengan
rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.
3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina
Sebagai contohnya,
Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan
mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan
bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih
berganti.
4. Kepincangan masyarakat
yang mempunyai hasad dengki
Sebagai
contohnya,
Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah
busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua
batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh
seseorang yang dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang
memandang serong tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak
suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan
sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.
6. Kepincangan masyarakat yang tidak
mahu menerima ketentuan takdir
Sebagai contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya,
Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said.
|
Soalan 7
Huraikan dua bukti ketabahan watak utama dalam
sebuah novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap
Jalan
|
Novel Songket Berbenang
Emas
|
Ketabahan menghadapi kerenah orang tua
1. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili
menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.
2. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu
menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.
Ketabahan menghadapi cabaran
ketika diculik
1. Watak
utama, Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang
menculiknya.
|
Ketabahan
menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling
1. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak
mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.
2. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina
Dahlia semasa Azhari menghantarnya pulang ke rumah.
Ketabahan dalam menuntut ilmu
1. Watak utama, Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa kampung mereka dilanda banjir.
|
Soalan 8
Pengarang mewujudkan
peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari,
jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan. (8
markah)
Novel Jendela Menghadap
Jalan
|
Novel Songket Berbenang
Emas
|
Satu peristiwa yang dapat
dijadikan teladan
1. Peristiwa membantu mengubati pesakit
- Datuk Lili menyembuhkan
penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional
melalui penggunaan herba.
- Datuk Lili merawat
Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan
herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.
Alasan
Peristiwa
ini dapat diteladani kerana datuk Lili
bersedia membantu sesiapa
sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional.
|
Satu peristiwa yang dapat
dijadikan teladan
1. Peristiwa sanggup membantu orang lain
- Tauke Lim sanggup membantu
memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun berlainan bangsa.
- Penduduk kampung mengutip
sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke
Jepun.
Alasan
Peristiwa
ini dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan.
2. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama untuk membantu orang lain
- Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa
dilanda banjir.
Alasan
Peristiwa ini
dapat diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban
yang dihadapi oleh orang lain.
|
Soalan 9
Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap
Jalan
|
Novel Songket Berbenang
Emas
|
1.Kuala
Lumpur – Tempat tinggal Lili dan keluarganya
2. Stesen
bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di Dungun,
Terengganu
3. Perhentian
bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke Kampung
Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili
4. Pekan
Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha
5. Surau- tempat orang kampung berkumpul
6. Bangsal
di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi
7. Hutan-
tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu
8. Jeti
nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel
menyaksikan matahari terbit
|
1. Padang
bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi.
2. Kantin
– Tempat Azhari menunggu Dahlia
3. SMK
Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima
4. Sekolah
Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan
enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik
Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
6. Kebun
getah- 20 meter dari rumah seluas lima
ekar tempat Saleha menoreh getah
7. Kampung
Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga
adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat
di hospital.
8. Hospital
Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha
dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.
9. Hospital
Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
10. Hospital
Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga
Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai
–kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang
lemas di sungai ini.
12. Kebun
kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong
memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit
inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah
Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini
14. Rumah
Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton kerana
dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai
raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong
semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi
tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
|
Soalan 10
Huraikan satu peristiwa peleraian cerita dan kewajaran
pengarang mengakhiri cerita tersebut dalam dua buah novel yang anda
pelajari . (8 markah)
Novel Jendela Menghadap
Jalan
|
Novel Songket Berbenang
Emas
|
Berdasarkan novel yang telah saya kaji
iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya berpendapat
bahawa wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa menyelesaikan
isu berkaitan kubah surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan isu
berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu kubah
surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak sependapat.
Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di kampung itu
harmoni semula.
Selain itu, peristiwa saling
berhubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha
dan Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu sama lain
melalui e-mel dan telefon.
Seterusnya, peristiwa menyelesaikan
masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak Mimah telah berjaya
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh suaminya,
Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan menduduki
peperiksaan PMR.
Peristiwa ingin tahu tentang sejarah
kampung. Sebagai contohnya,Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung datuk
dan neneknya semula kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah
jendela menghadap jalan.
|
Berdasarkan novel yang telah saya kaji
iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya berpendapat
bahawa adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa berjaya
melanjutkan pelajaran.Sebagai contohnya, Dahlia telah berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana, Dahlia telah berusaha
dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM
walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam
hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab
emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan
sehingga kurang siuman.
Selain itu, novel ini wajar berakhir
sedemikian melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contohnya,watak utamanya
Dahlia bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan
seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan hal Dahlia
dan keluarganya.Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat tali
pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua
belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam
kemiskinan.
Seterusnya, peristiwa pemberian hadiah
kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya ,hadiah kain songket
berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini
melambangkan jati diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya
dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia
berada kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan
Azhari selepas tamat pengajiannya nanti.
|
Soalan 11
Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam
novel yang telah anda kaji. (7 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Dua pengajaran
1. Kita
mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai
contohnya, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi
mangsa dera suaminya,Seman.
2. Kita
mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai
contohnya, Lili, Danel dan Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah
surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa.
3. Kita
mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq
dan Rafik.
4. Kita
mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai
contohnya, datuk dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili
sepanjang cuti persekolahannya.
|
Dua pengajaran
1. Kita
mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai
contohnya, Tauke Lim dan Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga
Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan masalah isteri Embong menghidap tekanan
perasaan.
2. Kita
mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai
contohnya,Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong
setelah rumahnya musnah dilanda banjir.
3. Kita
mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di
sungai berdekatan dengan rumahnya.
4. Kita
mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai
contohnya, Dahlia amat menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan
Kiambang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah
ibunya dimasukkan ke hospital.
|
Soalan 12
Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan
konflik dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.
(8
markah)
Novel Jendela Menghadap
Jalan
|
Novel Songket Berbenang
Emas
|
1. Peristiwa
isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan
kubah surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.
Cara penyelesaian
Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung
untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di
bumbung surau.
|
1. Peristiwa
berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah
dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila
melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan
diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.
|
2. Peristiwa
keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga
antara Che Jah dengan suaminya,Seman.
Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan
Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
2. Peristiwa
sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik antara Dahlia
dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar
dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.
|
Soalan 13
Huraikan dua keistimewaan watak utama sehingga
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca. (7markah)
Novel Jendela Menghadap
Jalan
|
Novel Songket Berbenang
Emas
|
Keistimewaan watak utama (Lili)
1. Seorang yang
penyayang
Lili memenuhi
permintaan ibunya agar menghabiskan cuti persekolahan di kampung neneknya
untuk membuktikan dia menyayangi ibunya.
2. Seorang yang
gigih menuntut ilmu.
Lili gigih
mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut dengan
baik.
3. Seorang yang
bijaksana menyelesaikan masalah.
Lili bijak
menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap
isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut
kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
Keistimewaan watak utama (Dahlia)
1. Seorang yang
bertanggungjawab terhadap ahli
keluarganya
Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan
adik-adiknya
setelah emaknya dirawat di hospital.
2. Seorang yang menghormati tetamu yang bertandang ke rumahnya
Dahlia melayan neneknya degan baik dan menghidangkan air
walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dahlia juga menghidangkan
air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang ke rumahnya.
3. Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup
Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan
manakala bapanya telah dipatuk ular.
|
Soalan 14
Berdasarkan dua buah novel yang anda
pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam
novel tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Nilai tanggungjawab
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Contohnya,
Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam
membantu pesakit yang datang berubat dengannya berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
|
1. Nilai tanggungjawab terhadap
keluarga.
Contohnya, Embong bertanggungjawab
menyara kehidupan keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa
sawit.
|
2. Nilai tanggungjawab mendapatkan
rawatan untuk ibu bapa.
Contohnya, Danel dan
adik-beradiknya ingin mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya.
|
2. Nilai tanggungjawab seorang guru
terhadap pelajar.
Contohnya, Cikgu Hisyam
bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa
mengambil tahu perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya
termasuk Dahlia.
|
3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua
kampung.
Contohnya, ketua kampung
bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan
pondok tempat Rafiq dan Haziq bersembunyi.
|
3. Nilai tanggungjawab seorang kakak
terhadap adik-adiknya.
Contohnya, Dahlia bertanggungjawab
menjaga adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula
dirawat di Hospital Bahagia.
|
4. Nilai tanggungjawab membantu orang
yang dalam kesusahan.
Contohnya, Lili bertanggungjawab
dalam membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan
rumah tangga dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku
penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
|
5. Nilai tanggungjawab sesama rakan.
Contohnya, Kavita bertanggungjawab
untuk membantu Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan
menyalinkan nota untuk diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di
sekolah.
|
Soalan 15
Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita
diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa
yang membuktikan kejayaan tersebut.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga Che Jah.
Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah
tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran
ke Jepun.
Contoh : Dahlia
berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai
kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan masalah keluarga.
|
2. Peristiwa
kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya Tentang Pisang’.
Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas
artikel tentang pisang dalam sebuah buku.
|
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan
Nek Kiah.
Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia
akhirnya insaf selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek
Kiah sakit.
|
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung
pelajaran.
Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan
bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai
calon persendirian.
|
3. Peristiwa kejayaan masyarakat kampung bermuafakat
dan bekerjasama semasa banjir besar melanda.
Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat
dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum
wanita bergotong-royong menyediakan makanan.
|
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel menyelesaikan
isu kubah.
Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira kerana
akhirnya mereka berjaya menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan kubah itu
diletakkan di masjid baharu yang bakal dibina.
|
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia dengan Azhari.
Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang walaupun
menempuh pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka.
|
Soalan 16
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel
tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya
daripada terus menjadi mangsa keganasan Seman.
|
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup
dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang
sakit dan ayahnya yang dipatuk ular.
|
2. Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan
cadangan untuk menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.
|
2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan
adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya
dimasukkan di hospital.
|
3. Kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan
Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang
sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela
menghadap jalan.
|
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa lemas
Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak
Aton yang lemas di sungai.
|
Soalan 17
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan yang
dipaparkan dalam novel tersebut.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Persoalan
masalah kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan suaminya,
Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
2. Persoalan
keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam
menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang
Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina
kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3. Persoalan
persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab
walaupun berlainan agama dan bangsa.
4. Persoalan
perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan
yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman
damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga
Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang
sangat mesra dan rapat.
5. Persoalan
menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu,
juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti
Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti.
6. Persoalan
golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah
akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga
kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga
menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan
melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.
7. Persoalan
hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung,
tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili
melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga
menganggap kampung terlalu jumud. Ibu
Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu
bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan
hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk
sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa
kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.
9. Persoalan
suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama
lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa
perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka
tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.
|
1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap
mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita
dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga
setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih ada
masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani
kehidupan. Contohnya keluarga Embong
yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli
barang-barang keperluan harian.
3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang
bahaya
Contoh:
Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
4. Persoalan keinsafan
selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama
ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu
berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah
sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.
5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran
dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.
6. Persoalan kepentingan
ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong amat mementingkan pelajaran dan sering
menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat
mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.
7. Persoalan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya
sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga
Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam
kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang
berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar
di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu
hitam untuk menganiaya orang lain.
9. Persoalan semangat
kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang
sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia
yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
10. Persoalan pengekalan
identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari menghadiahkan sepasang kain songket
berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan
kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu.
|
Soalan 18
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu peristiwa yang mengandungi unsur saspens yang terdapat dalam setiap
novel tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kehilangan kubah surau
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang
yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi,
sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut.
|
1. Peristiwa
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada
Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar
sungai
|
.2.
Peristiwa penculikan Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu
perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca
juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.
|
2. Peristiwa
Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong
membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong
membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular
tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.
|
3. Peristiwa Lili diminta untuk pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang ke kampung datuknya seorang
diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan datuk dan neneknya serta
belajar hidup berdikari.
|
3.
Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi
antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari
cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
|
4. Peristiwa kehilangan datuk Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
tentang kehilangan datuk pada malam tersebut. Sebenarnya datuk masuk ke hutan
mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
|
4.
Peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur
busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan
bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
|
5. Peristiwa datuk bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
sebab jendela dibina menghadap jalan. Rupa-rupanya jendela menghadap jalan
merupakan satu strategi masyarakat Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan
tentera Jepun.
|
5.
Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak
sampai ke rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi
kepada Embong sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong.
Sebenarnya bot penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
|
6. Peristiwa Che Jah tidak mesra ketika kunjungan Lili ke
rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili. Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan
membuat laporan polis atas salah laku anak-anaknya.
|
6.
Peristiwa keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari
pertunangan mereka
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut.
Punca sebenarnya ialah kereta mereka rosak.
7. Peristiwa
Kiambang hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa
ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat
atau tidak. Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia
memegang dan menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.
|
|